Skip to main content

Ini adalah kejadian jenayah - Tun M


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman adalah berunsur jenayah dan mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan tegas.
Perdana Menteri menjelaskan tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan d kuil tersebut semalam, sebaliknya ia berkaitan pemindahah kuil itu yang terletak di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya, Selangor.
Oleh kerana insiden itu berkaitan jenayah, beliau berkata, pihak polis telah diarah untuk mengambil tindakan lanjut bagi menangani serta mengawal situasi berkenaan dengan segera.
Beliau berkata amat jelas daripada siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku pada awal Isnin mempunyai unsur jenayah, begitu juga kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kerajaan kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil selain mencederakan anggota pasukan keselamatan serta anggota penyelamat dalam rusuhan itu.
Dr Mahathir menegaskan penjenayah yang terbabit cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk merosakkan harta benda awam akan dikenakan tindakan  tegas mengikut undang-undang.
"Jika ada dalang di sebalik kejadian ini, mereka juga tidak akan terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau mengikuti perkembangan insiden tersebut dan dimaklumkan oleh pihak polis mengenai perkembangan terkini siasatan kejadian berkenaan.
“Kerajaan menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar angin serta tidak menyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media sosial.
"Sekali lagi saya tegaskan kejadian ini adalah insiden jenayah dan tidak ada kaitan sama sekali dengan unsur-unsur lain," katanya.
Polis setakat ini menahan 21 orang yang terlibat dengan kekecohan di kuil yang bermula awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi insiden awal pagi ini.
Dalam kejadian itu, 23 kenderaan dibakar manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan, lapor Bernama.
Dalam pada itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang sedang menjalankan tugas di lokasi kejadian cedera parah selepas diserang oleh kumpulan perusuh.
Anggota bomba, Muhammad Adib, 24, kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...