Skip to main content

Bantuan Sara Hidup antara RM1,000-RM500 untuk kumpulan bersasar


KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019. 
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, berkata di bawah program itu, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.
BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dari RM3,001 hingga RM4,000, katanya.
Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.
“Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yang akan diterimah sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200,” katanya.
Beliau berkata melalui pemberian BSH itu dianggarkan 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan tersebut dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion. 
Pemberian BSH merupakan salah satu daripada lapan langkah yang akan dilaksana kerajaan dalam usaha menjamin kebajikan dan kualiti hidup rakyat.
Di bawah Belanjawan 2019 yang bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, Lim berkata RM45 juta juga akan diperuntukkan untuk program i-SURI, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP,) untuk golongan suri rumah. 
Melalui skim tersebut, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri. 
Beliau berkata kerajaan juga akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial dalam menyokong usaha mereka membantu komuniti kurang bernasib baik dan terpinggir.
“Contohnya seperti projek perolehan sampul surat kerajaan oleh Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya. Untuk itu, kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta untuk inisiatif ini,” katanya, lapor Bernama.
Sebagai tambahan, potongan cukai pendapatan juga akan diberi ke atas sumbangan mana-mana pihak kepada suatu perusahaan sosial dengan had potongan sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat syarikat dan tujuh peratus daripada agregat individu yang memberikan sumbangan, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...