Skip to main content

Kecewa Belanjawan 2019 tiada peruntukan Sukma 2020


JOHOR BAHRU -- Kerajaan Johor sedikit kecewa apabila Belanjawan  2019 yang dibentangkan kerajaan tidak menyatakan peruntukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan dianjurkan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaann negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pengelolaan bagi penganjuran sukan itu memerlukan peruntukan kira-kira RM90 juta.
Bagaimanapun, beliau akan membincangkan perkara itu bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan belanjawan bagi penganjuran sukan tersebut.
"Kita kena lihat prasarana yang ada di Johor banyak perlu penambahbaikan. Sebagai contoh, gelanggang bola keranjang dan lapang sasar dibina pada tahun 1992 semasa Johor sebagai tuan rumah yang memerlukan belanja kira-kira RM5 juta.
"Selain itu, penambahan fasiliti sukan yang baharu seperti gelanggang petanque yang kita akan bina di kawasan bandaraya Iskandar Puteri sebagai gelanggang utama untuk Sukma," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2019 bersama pengamal media di sini.
Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan Belanjawan 2019 yang banyak memfokuskan kepada golongan belia seperti mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
"Kita lihat kerajaan persekutuan akan menyediakan dua program menerusi dana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) iaitu Apprenticeship dan Graduate Enhancement Programme For Employability (GENERATE) yang buka 4,000 peluang pekerjaan, lapor Bernama.
"Selain penetapan gaji minimum RM1,100 juga, kita nampak ia akan tarik orang muda untuk ke industri yang sekarang ini banyak dimonopoli pekerja asing. Jadi saya mahu pastikan dalam tempoh dua tahun kita dapat bawa kembali mereka (anak muda) dalam industri,” kata Mohd Khuzzan.
Beliau berkata pihaknya juga bersama Jabatan Pembangunan Belia akan menganjurkan program-program untuk golongan itu dalam usaha memberikan galakan dan motivasi untuk mereka ceburi dalam bidang industri.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...