Skip to main content

Kenaikan tol semua lebuh raya dibeku


KUALA LUMPUR -- Tol motosikal di tiga laluan dimansuhkan manakala kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dibekukan pada 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.
Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta.
Dalam pembentangannya yang turut menyentuh mengenai pengangkutan awam, Lim berkata kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan RapidKL mulai 1 Januari tahun depan (2019).
Selain itu, beliau berkata pas bulanan RM50 tanpa had perjalanan bagi bas RapidKL sahaja juga disediakan.
Lim berkata kempen berkenaan akan diperluaskan bagi meliputi syarikat bas lain secara berperingkat.
“Skim ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan,” katanya.
Lim berkata Prasarana Bhd, anak syarikat pengangkutan awam milik penuh kerajaan, akan memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya aset terkini merangkumi 1,131 bas RapidKL, 408 RapidPenang, 69 RapidKuantan dan 300 bas perantara MRT.
“Prasarana juga akan melaksanakan model usahasama dengan syarikat bas swasta lain untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan serta mengawal kos bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan,” katanya.
Bagi menambah baik liputan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memperuntukkan RM20 juta bagi menyediakan perkhidmatan tambahan bas GoKL secara percuma selain daripada empat laluan sedia ada, katanya.
Lim juga berkata kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) akan menyediakan Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta yang menawarkan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus kepada teksi dan syarikat bas serta pengendali perkhidmatan awam.
Beliau juga berkata kerajaan akan memberi peruntukan RM10 juta sebagai permulaan untuk menaik taraf  Sistem Pelepasan Automatik Malaysia dan Motosikal Rakyat Malaysia (M-Bike) di Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura.
Menyentuh mengenai aktiviti logistik dan pengangkutan, Lim berkata kerajaan akan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api untuk mempertingkatkan insfrastruktur pengangkutan negara, lapor Bernama.
Bagi pelaksanaan peringkat awal projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah sebagai pintu gerbang strategik bagi aktiviti perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand, ia merangkumi pembangunan ‘truck depot’ dengan peruntukan RM25 juta, katanya.
Lim berkata kerajaan bercadang untuk menjadikan tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah sebagai zon perdagangan bebas untuk menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.
Beliau berkata zon bebas baharu itu akan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
“Tanah ini akan dimajukan melalui kaedah penswastaan atau usahasama dengan sektor swasta,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...