Skip to main content

Kerajaan bayar balik tunggakan cukai kerajaan terdahulu


KUALA LUMPUR -- Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk memulangkan kesemua tunggakan bayaran balik cukai kepada individu, syarikat dan rakyat Malaysia dalam tahun 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurutnya, sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah sebanyak RM35.4 bilion, iaitu RM19.4 bilion dalam bentuk tunggakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan RM16 bilion tunggakan cukai pendapatan.
“Bayaran balik ini adalah kepunyaan pembayar cukai dan telah disalahgunakan tanpa kebenaran dan pengetahuan,” kata Lim dalam ucapannya semasa membentang Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.
Beliau mendedahkan bahawa Akauntan Negara Malaysia telah mengesahkan kenyataan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa  hasil  kutipan  cukai  telah  terlebih lapor kerana tidak membayar balik GST dan cukai pendapatan bagi beberapa tahun.
Menurutnya, kerajaan baharu mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan.
“Hutang dan liabiliti sebenar kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1.065 trilion  iaitu  hampir  RM350 bilion lebih tinggi daripada daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh kerajaan terdahulu,” tegas beliau.
Jumlah ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion  komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk  bayaran  pajakan  bagi  projek  Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Lim berkata Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar  hutang  1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018 dan negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.
Oleh itu, bagi memulihkan semula kedudukan fiskal, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah  meminta  rakyat Malaysia untuk bersama melaksanakan pengorbanan demi negara.
Bagaimanapun, dalam tekad ke arah melaksanakan konsolidasi fiskal, katanya, Kerajaan akan mengimbangi  keutamaan pembangunan ekonomi untuk menambah baik kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat.
Dalam melaksanakan reformasi institusi, strategi yang diambil termasuklah memperkukuhkan pengurusan fiskal, menstruktur semula dan merasionalisasikan hutang kerajaan dan meningkat hasil kerajaan.
Menurut Lim, keyakinan pelabur juga tidak terjejas selepas pilihan raya Umum ke-14 yang lalu apabila  Malaysia terus berjaya menarik pelaburan yang memberangsangkan sebanyak RM61.6 bilion dari tempoh Januari hingga Ogos berbanding RM40.4 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.
Selain itu, kedudukan Malaysia dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia telah melonjak naik ke tempat yang ke-5 berbanding kedudukan ke-24 sebelum ini, lapor Bernama.
Bagi memperkasakan tahap daya saing serta memudahkan urusan perniagaan, beliau berkata Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh kedua-kedua menteri untuk memacu agenda reformasi kawal selia, khususnya dalam penambahbaikan proses perdagangan dan pentadbiran cukai.
Selain itu, Malaysia juga akan memberi isyarat kepada dunia bahawa negara ini mesra pelabur.
Bagi meningkatkan pelaburan oleh syarikat sedia ada dalam aktiviti hab prinsipal Lim berkata adalah dicadangkan galakan cukai sedia ada ditambah baik kepada pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti hab prinsipal bagi tempoh lima tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...