Skip to main content

Belanjawan PH tidak penuhi manifesto PRU 14


KUALA LUMPUR -- Bekas perdana menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dalam Belanjawan 2019, termasuk janji untuk menghapuskan tol.
Anggota Parlimen Pekan itu berkata walaupun kerajaan ada mengumumkan beberapa subsidi, namun ia tidak memadai dengan janji kepada rakyat yang dilakukan ketika PRU14, Mei lalu.
"Begitu juga dengan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, mereka janji bahawa gaji RM4,000 ke bawah tidak perlu membayar, sebab itulah ramai anak muda sokong mereka tetapi sebaliknya hanya peminjam yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah sahaja dikecualikan," katanya selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.
Pada pembentangan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu, katanya, kerajaan PH juga hanya mengulangi perancangan yang telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinanya dahulu.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan belanjawan pertama PH tidak memberikan titik sentuhan kepada rakyat.
"Kita lihat tidak ada pun peruntukan khusus untuk petani dan nelayan serta mereka yang menjadi pekebun-pekebun kecil terutama apabila harga komoditi ini jatuh," kata Presiden UMNO itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata  hampir tiada agenda besar dibuat sebagai pemangkin kepada pembangunan Wilayah Pantai Timur dalam Belanjawan 2019, lapor Bernama.
"Masa komen Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam kajian RMK-11 (Rancangan Malaysia Ke-11), antara antara yang dibangkitkan ialah pembangunan seimbang wilayah.
“ Tetapi, kita tengok belanjawan kali ini hampir tiada, malah tidak digambarkan dalam data yang jelas tentang pembangunan khusus kawasan wilayah Pantai Timur," katanya.    

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...