Skip to main content

MB Perak muak dengan khabar angin politik


IPOH -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihati “tangan-tangan nakal” yang gemar menyebarkan khabar angin dan membuat tular kononnya berlaku konflik politik di negeri itu agar berhenti berbuat demikian.

Sebaliknya kata beliau adalah lebih berfaedah jika pihak berkenaan menggunakan kreativiti mereka menularkan perkara yang dapat membangunkan negeri.

 "Dia (penular) fikir seronok, sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa, tiada manfaat, jangan buat kerja yang merugikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson ke-101 di sini. 

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang mengulas mengenai tular menyatakan bahawa menteri besar baharu Perak akan mengangkat sumpah jawatan petang ini. 

Sejak minggu lepas, khabar angin menyatakan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan tumbang dan memungkinkan pilihan raya negeri menghujani aplikasi WhatsApp.

Ahmad Faizal turut membidas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Saarani Mohamad yang menyatakan terdapat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang mahu menggulingkan menteri besar.

Sambil menyifatkan Saarani mempunyai banyak masa lapang, Ahmad Faizal berkata cerita ‘tumbangkan kerajaan’ itu tidak akan berakhir. 

Beliau seterusnya  menasihati UMNO serta PAS agar menjadi pembangkang yang baik dan bekerja bersama kerajaan demi rakyat, bukan berusaha menjatuhkan satu sama lain. 

Semalam, Saarani dalam satu sidang media mendakwa gerakan untuk mengulingkan menteri besar masih wujud dengan didalangi oleh sekurang-kurangnya seorang Exco yang juga sedang melobi jawatan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...