Skip to main content

Johor kehabisan bekalan penutup mulut


JOHOR BAHRU -- Kerajaan Johor mengalu-alukan sumbangan penutup mulut dan hidung jenis R95 daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata ini kerana terdapat rungutan daripada orang ramai terhadap kehabisan bekalan penutup hidung dan mulut jenis R95 di sekitar Pasir Gudang dan bandar raya ini.

"Difahamkan bekalan R95 terhad di mana orang ramai mengadu sukar untuk mendapatkan bekalan.

"Sehubungan itu, jika ada mana-mana kerajaan negeri lain yang mahu bantu menyumbang R95, kita (Kerajaan Negeri Johor) mengalu-alukan," katanya kepada pemberita ketika meninjau Pusat Gerakan Jawatankuasa Perngurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Semalam, media melaporkan, jualan penutup hidung dan mulut di beberapa farmasi di sekitar Pasir Gudang laris hingga sesetengah farmasi kehabisan stok.

Topeng jenis R95 mendapat permintaan paling tinggi, namun kebanyakan farmasi tidak menjual topeng berkenaan menyebabkan penduduk terpaksa membeli jenis N95.

Dr Sahruddin berkata beliau turut dimaklumkan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), semalam, turut tampil menyumbang penutup hidung dan mulut.

"Bagi para pekerja sektor industri di kawasan Pasir Gudang pula, mereka tidak menghadapi masalah kerana majikan mereka turut menyediakan bekalan penutup hidung dan mulut," katanya.

Sementara itu, Dr Sahruddin berkata seramai 780 individu dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu kini direkodkan dirujuk untuk mendapatkan rawatan awal sejak kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, di sini, dilaporkan pada 7 Mac lepas.

Dr Sahruddin berkata, daripada 780 orang tersebut, hanya 202 individu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 113 daripadanya dimasukkan ke kedua-dua hospital tersebut.

Menurut beliau, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital itu sebelum ini juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...