Skip to main content

Pegawai polis dan empat lelaki didakwa menyamun wanita


PETALING JAYA -- Lima lelaki termasuk seorang pegawai polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap seorang kerani wanita, awal bulan ini.

Inspektor Mohamad Shahrul Izuairi Ibrahim, 38; dua peniaga kedai makan Nik Abdul Azim Nik Borahanuddin, 24, dan Wan Zakaria Zaidi, 29; pekerja kedai runcit, Mohamad Zulhairi Kamaruddin, 19; dan penganggur, Kamarubaisham Abdullah, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Mereka didakwa  menyamun  As Afirah Chai Abu Bakar Abdullah, 21, dan merompak wang tunai RM700, enam jenis telefon bimbit pelbagai jenama, dua utas jam serta sebuah komputer riba milik wanita itu di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan Persiaran Indera, Puchong, di sini, pada 3.30 pagi, 3 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mohamad Shahrul Izuari yang bertugas di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan tertuduh keempat,  Mohamad Zulhairi, masing-masing turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memiliki harta curi iaitu komputer riba dan seutas jam tangan bersabit kejadian serta mangsa sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelompok Teratai, Taman Keramat, Wangsa Maju, di sini  dan di Restoran Shah Maju, Jalan Bunga Tanjung, Taman Putra, Ampang, Selangor, antara 4.30 petang dan 7 malam, 5 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Ashy'ari Kamaruzzaman tidak menawarkan sebarang wang jaminan ke atas kesemua tertuduh namun memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan sekiranya jaminan dibenarkan.

Bagaimanapun, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan antara  RM5,000 hingga RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesalahan samun berkumpulan dan jaminan sekitar RM1,000 hingga RM3,000 bagi pertuduhan memiliki harta curi.

Mahkamah membenarkan  Mohamad Shahrul Izuari dan Mohamad Zulhairi diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala RM8,000 dengan seorang penjamin bagi  tiga tertuduh lain. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu kecuali Kamarulbaisham.

Hakim Norshila turut mengarahkan kesemua tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis berhampiran selain menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...