Skip to main content

Belum ada tangkapan kes pencemaran sisa bahan kimia


KUALA LUMPUR -- Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini berhubung pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat dengan insiden itu.

“Kita telah terima 51 laporan polis, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun),” katanya pada sidang media ketika ditanya mengenai perkembangan kes pencemaran bahan kimia itu.

Beliau berkata kira-kira 150 anggota termasuk daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan bagi memantau dan mengawal kawasan pencemaran itu.

Kejadian pencemaran bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup itu dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim yang dilaporkan pada 7 Mac.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya menerima lebih 50 laporan polis berhubung himpunan Hari Wanita Sedunia pada Sabtu lepas dan sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Mereka tidak mengikut prosedur yang betul, disebabkan itu kita tak keluarkan kebenaran. Bila ada laporan polis kita siasat secepat mungkin untuk serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. 

“Kita siasat sebab tak bagi notis pun mereka teruskan...untuk kata kita jangan siasat sebagainya itu bukan tanggungjawab mereka...tapi tanggungjawab PDRM (Polis Diraja Malaysia) (untuk siasat),” katanya. 

Semalam, sebuah portal berita melaporkan gesaan pihak tertentu supaya polis menghentikan siasatan itu.

Enam individu telah hadir untuk memberi keterangan kepada polis baru-baru ini berhubung perhimpunan itu yang dilapor turut disertai penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Dataran Merdeka di sini.

Terdahulu, Mohamad Fuzi menyaksikan majlis terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai pemangku  Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara Ahad ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...