Skip to main content

Ahli Parlimen digesa tidak pegang jawatan dalam persatuan sukan


KUALA LUMPUR -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membuat ‘teguran’ terhadap Anggota Parlimen termasuk dari pihak kerajaan agar tidak lagi menerima lantikan bagi menerajui persatuan sukan di negara ini.
Syed Saddiq berkata walaupun perkara itu di luar bidang kuasa beliau sebagai menteri, teguran itu perlu dibuat bagi mengelak berlakunya campur tangan politik dalam sukan, yang mungkin menjejaskan masa depan sukan di negara ini.
"Saya ingin memberi teguran, kalau boleh tolonglah jangan lagi terima lantikan sebagai presiden atau pengerusi bagi persatuan-persatuan sukan sedia ada. Mungkin perkara ini nampak kecil tetapi implikasinya besar.
"Bila terima (lantikan), nanti (kementerian) dapat surat-surat memaklumkan kementerian perlu beri peruntukan tambahan (untuk persatuan sukan ini) walhal di negara maju tidak ada orang politik yang mengetuai persatuan sukan ini," katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya.
Menurut Syed Saddiq, campur tangan kalangan orang politik boleh mengganggu kaedah kementerian menetapkan peruntukan kewangan kepada sesebuah persatuan yang sepatutnya dibuat berdasarkan merit dan pencapaian bagi memastikan persatuan yang benar-benar layak sahaja menerima peruntukan.
Bagaimanapun, katanya, tiada paksaan dalam perkara itu kerana kementerian, khususnya Menteri Belia dan Sukan tidak boleh campur tangan dalam pemilihan persatuan sukan kerana ia akan memberi implikasi besar kepada sektor sukan negara.
"Implikasinya amat besar kalau menteri campur tangan, contohnya kalau saya kata saya keluarkan satu arahan, besar kemungkinan FAM atau pasukan bola sepak Malaysia tidak boleh mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, kerana akan ada ‘sanctioning’ daripada FIFA seperti yang berlaku di Indonesia baru-baru ini bila ada campur tangan daripada kementerian mereka," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...