Skip to main content

Bekas jurulatih terjun diperintah bela diri


KUALA LUMPUR -- Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang atlet penerjun wanita, tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan  membebaskan Huang Qiang, 36, daripada pertuduhan itu pada 9 April lepas.

Dalam penghakimannya hakim itu berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Huang Qiang dan kemudiannya membatalkan perintah melepaskan dan membebaskan lelaki itu oleh Mahkamah Sesyen.

"Oleh itu responden (Huang Qiang) diperintah untuk membela diri atas pertuduhan yang dituduh ke atasnya," katanya, dan menambah, hakim Mahkamah Sesyen Noradura Hamzah telah terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Huang Qiang pada akhir kes pendakwaan.

Hakim itu juga berkata keterangan dalam aplikasi WeChat dan saksi-saksi pendakwaan boleh diterima dan ia tidak memprejudiskan responden tetapi untuk membuktikan terdapat keterangan yang serupa.

Huang Qiang, yang diwakili peguam Hisham Md Nen didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 20 tahun 1 bulan di dalam gimnasium kering, Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil pada 5.30 petang, 26 Sept 2017.

Lelaki itu yang mendapat taraf warganegara Malaysia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan dua hari iaitu 21 dan 22 Nov untuk Huang Qiang membela diri dan membenarkannya diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas mewakili pihak pendakwaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...