Skip to main content

Penyakit jantung iskemik punca kematian utama rakyat Malaysia


PUTRAJAYA -- Penyakit jantung iskemik kekal sebagai punca kematian utama rakyat Malaysia dengan bilangan kematian sebanyak 13,503 atau 13.9 peratus pada tahun lepas.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2018 menunjukkan jumlah itu meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2016.
"Penyakit jantung iskemik merupakan sebab kematian utama di 70 daerah dan peratusan tertinggi dicatatkan di daerah Alor Gajah, Melaka iaitu 19.8 peratus," katanya. 
Katanya penyakit pneumonia dikenal pasti sebagai sebab kematian kedua tertinggi dengan 12.7 peratus diikuti penyakit berkaitan angin ahmar (7.1 peratus), kemalangan jalan raya (4.6 peratus) dan malignant neoplasm (ketumbuhan dengan kanser) pada trakea, bronkus dan paru-paru (2.2 peratus). 
"Pneumonia pula merupakan sebab kematian utama di 64 daerah dengan peratusan tertinggi dicatatkan di Kota Setar, Kedah iaitu 21.9 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata sebab kematian utama bagi lelaki adalah penyakit jantung dengan 9,496 kematian atau 16.0 peratus, manakala bagi wanita ialah pneumonia dengan 5,371 (14.1 peratus).
Dalam pada itu, katanya laporan Perangkaan Penting Malaysia 2018 mengenai statistik kelahiran dan kematian pula menunjukkan sebanyak 508,685 kelahiran hidup dicatatkan pada 2017 dengan 262,575 (51.6 peratus) daripadanya adalah lelaki dan 246,110 (48.4 peratus) perempuan.
"Bilangan itu meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding 508,203 pada 2016," katanya.
Mohd Uzir berkata daerah Kuala Terengganu merekodkan kadar kelahiran kasar tertinggi pada 2017 dengan 26.4 bagi setiap 1,000 penduduk diikuti Marang (26) dan Julau di Sarawak (24.7). 
Katanya daerah Kinabatangan, Sabah pula mencatatkan kadar terendah dengan 4.5 bagi setiap 1,000 penduduk diikuti Putatan, Sabah (5.6) dan Pakan, Sarawak (6.4).
Mohd Uzir berkata kadar kesuburan di Malaysia kekal pada kadar 1.9 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun pada 2017 berbanding 2016.
Sementara itu, katanya sebanyak 168,168 kematian dicatatkan pada 2017 iaitu peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding 162,201 kematian pada tahun sebelumnya. 
"Sejumlah 96,522 (57.4 peratus) kematian adalah lelaki dan 71,646 (42.6 peratus) adalah kematian perempuan," katanya, lapor Bernama.
Mohd Uzir berkata bagi setiap 1,000 penduduk, kadar kematian juga meningkat daripada 5.1 pada 2016 kepada 5.3 pada 2017. 
Menurutnya daerah Kanowit di Sarawak mencatatkan kadar kematian kasar tertinggi pada 2017 iaitu 9.1 bagi setiap 1,000 penduduk diikuti Sabak Bernam, Selangor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan (8.7). 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...