Skip to main content

Tiga beradik perompak sotong


KUANTAN -- Tiga beradik termasuk seorang pegawai agensi kerajaan dan dua rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini atas pertuduhan melakukan rompakan menggunakan pistol pada Rabu lepas.
Muhamad Aminruddin Kamal Bashah, 31; Muhammad Nur Adnan Shah Kamal Bashah, 29; Muhammad Suhaimi Abdullah, 20; Abdullah Saat, 56; Muhmmad Rezal Kamal Bashah, 39; membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima suspek telah bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan iaitu merompak satu tan metrik sotong yang bernilai RM20,000 di atas sebuah bot nelayan yang diketuai tekong warga asing dengan menggunakan sepucuk pistol.
Kesalahan dilakukan pada Rabu lepas kira-kira pukul  3.14 pagi di perairan Rompin.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Anwar Ab Raof dan Mohd Faizal Hiqram Azmin.
Farahah kemudian menawarkan ikat jamin RM15,000 kepada setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam bela merayu agar jumlah itu dikurangkan memandangkan kesemua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga, lapor Bernama.
Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM8,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kesemua tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...