Skip to main content

Perbicaraan Najib pada 15 April


KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 hari bermula 15 April tahun depan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi empat pertuduhan rasuah dan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1Malaysia Development Berhad.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 15 April hingga 3 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes berkenaan selepas pihak pendakwaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan pembelaan diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersetuju dengan tarikh berkenaan.
Terdahulu, 25 pertuduhan itu dibacakan terhadap Najib, 65, dan beliau mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan itu.
Pada 20 Sept lalu, kes itu disebut di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Azura Alwi, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 16 Nov lalu selepas permohonan pembelaan itu tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.
Ketika prosiding hari ini, Sri Ram turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa walaupun pihak pendakwaan membariskan 52 saksi pendakwaan, namun bukan kesemua mereka akan dipanggil memberi keterangan.
"Sebanyak 390 dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan setakat ini," katanya.
Ketika prosiding kes itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya akan membuat permohonan untuk membatalkan 25 pertuduhan yang dihadapi anak guamnya, namun tidak mendedahkan alasan untuk berbuat demikian.
“Selain itu, kita  akan meminta pembatalan Sri Ram sebagai  ketua pendakwaan,” katanya, dan kemudian  memberitahu pemberita bahawa konflik kepentingan adalah antara alasan bagi pembatalan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Najib didakwa atas empat pertuduhan sebagai Pegawai Badan Awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.
Bagi pertuduhan pertama beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan di sini, antara 24 Februari 2011 dan 14 Jun 2011.
Sementara bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM90,899,927.28 di tempat yang sama antara 31 Oktober 2012 dan 20 November 2012.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Najib didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan sebanyak RM2,081,476,926 dan RM49,930,985.70.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di tempat yang sama antara 22 Mac 2013 hingga 10 April 2013 serta antara 23 Jun 2014 hingga 19 Disember 2014.
Bagi semua perbuatan itu, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan lagi, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...