Skip to main content

Siapa Ahli Parlimen paling kaya, dan berapa nilai Tun M


PUTRAJAYA -- Anggota Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengisytiharkan jumlah aset kira-kira RM75.8 juta, yang tertinggi direkodkan dikalangan anggota  parlimen kerajaan sehingga 23 November.
Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) (https://mydeclaration.sprm.gov.my/), Ngeh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mengisytihar aset itu bagi diri sendiri, isteri dan anak.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan jumlah aset RM32.35 juta bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua tertinggi yang direkodkan di kalangan anggota parlimen kerajaan setakat ini.  
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof bersama isterinya pula mengisytiharkan aset berjumlah RM23.07 juta.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah mengisytiharkan aset bersama isteri dan anak berjumlah RM15.3 juta.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan aset bersama isteri yang berjumlah RM14.36 juta.
Sehingga pukul 4.00 petang hari ini, 115 atau 89.8 peratus anggota parlimen kerajaan telah mengisytiharkan harta dan masih ada 13 orang atau 10.2 peratus belum berbuat demikian.
Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye bersama isteri dan anak mengisytiharkan harta bernilai RM13.67 juta manakala Anggota Parlimen Julau, Larry Sng dan isteri bernilai RM11.78 juta.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan isteri RM11.59 juta, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar dan isteri RM11.37 juta dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua dan isteri RM10.41 juta.
Sebanyak 62 orang atau 71.3 peratus anggota pentadbiran telah mengisytiharkan harta manakala 25 orang atau 28.7 peratus masih belum berbuat demikian.
Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan SPRM disediakan untuk membolehkan perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan anggota parlimen kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...