Skip to main content

Polis tembak mati lelaki acu parang


GEORGE TOWN -- Polis menembak mati seorang lelaki selepas dia menyerang anggota polis yang cuba meleraikan pertengkaran antara dia (suspek) dengan seorang lelaki lain dalam kejadian di perkarangan Komtar, di sini pada petang Jumaat
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian pukul 3.10 petang itu, suspek berusia 41 tahun itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 70 tahun sebelum anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Komtar cuba meleraikannya.
"Anggota polis itu telah menerima maklumat bahawa seorang lelaki (suspek)  tidak berpuas hati dengan seorang lelaki lain dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga  suspek bertindak menendang kereta warga emas berkenaan dan polis tersebut pergi ke lokasi kejadian bagi meleraikannya (pertengkaran).
"Anggota tersebut telah memperkenalkan dirinya sebagai polis namun tidak diendahkan oleh lelaki itu (suspek)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya suspek yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis itu bertindak mengamuk dan mengejar anggota polis berkenaan kira-kira 10 meter sambil mengacukan pisau ke arah mangsa. 
"Suspek beberapa kali mengugut mahu menikam anggota polis itu dengan pisau  sepanjang tujuh inci yang dibawanya dan anggota tersebut juga memberi amaran lisan kepada lelaki berkenaan untuk meletakkan senjata yang dipegangnya serta mengikut arahannya.
"Lelaki itu tidak mengendahkan amaran itu…dan seperti mahu menikam anggota polis berkenaan dan bagi mempertahankan dirinya, anggota polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan satu das tembakan.Ia mengenai kepala suspek," katanya.
Che Zaimani berkata lelaki itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala anggota polis dan warga emas yang bertengkar dengan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata menurut warga emas itu, dia tidak mengenali suspek dan tidak tahu mengapa lelaki berkenaan bertengkar dengannya.
Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang ditembak mati itu mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah antaranya kes pecah rumah, curi motosikal serta dadah dan pernah disabitkan kesalahan di mahkamah.
"Mayat lelaki yang tidak bekerja dan berasal dari Klang,Selangor itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya, lapor Bernama.
Kejadian itu turut menyebabkan kawasan berkenaan sesak teruk selepas orang ramai terutama pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat insiden tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...