Skip to main content

Remaja pukul bapa OKU ditahan polis


BUKIT MERTAJAM -- Polis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengamuk sebelum memukul bapanya yang berumur 54 tahun menggunakan kayu hoki kerana dihalang mengambil televisyen.
"Mangsa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal itu mengalami kecederaan luka di kepala, bahu kiri serta belakang badan dan sakit dada dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan," katanya.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika suspek pulang ke rumah ayahnya untuk mengambil televisyen di situ namun dihalang oleh mangsa kerana ia miliknya.
Katanya dua beranak itu tinggal bersama di rumah berkenaan namun anaknya telah berpindah keluar baru-baru ini selepas dia berkahwin.
"Dia pulang ke rumah untuk mengambil televisyen itu namun dihalang oleh bapanya kerana ia milik mangsa, pada mulanya berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum ia berlarutan.
"Suspek yang berang telah bertindak mengamuk sebelum mengambil kayu hoki dan memukul kepala serta badan bapanya berulang kali," katanya, lapor Bernama.
Nik Ros Azhan berkata tindakan pemuda memukul ayahnya itu kemudian berjaya dihentikan selepas anak sulung  mangsa yang baru habis kerja pulang ke rumah dan menghubungi pihak ambulans selepas mendapati kepala bapanya berdarah.
Katanya anak sulung mangsa itu turut membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan adiknya di rumah mereka selepas kejadian berkenaan.
"Polis turut merampas kayu hoki yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan dia kini direman lima hari bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...