Skip to main content

PAS perlu henti mencemuh PKR dan DAP


KUALA NERUS -- PAS disaran berubah menjadi parti politik yang matang dalam perjuangan dan berhenti daripada mencemuh seterus politik terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, kata wakil Dewan Pemuda PAS, Akram Ikrami Taib Azamudden.
Sebaliknya beliau menjelaskan parti itu mencontohi kepakaran dan kejayaan PKR dan DAP dalam meraih sokongan golongan muda dan tidak sekadar bersilat di gelanggang sendiri.
"Antara perkara yang kita mesti sedar dalam PRU14, PAS masih bersilat dalam gelanggang kita sendiri. Kita membuka tari dan bunga silat yang tersendiri tatkala kita lihat musuh bergerak maju mengeksplorasi langkah yang lebih tuntas.
"Pada era ini media sedang menguasai pemikiran dan fikiran masyarakat. Inilah cabaran besar PAS ketika kita hanya aktif di meja kuliah dan mimbar," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Neger.
Akram berkata, semua anggota PAS perlu mempraktikkan budaya politik matang dan sejahtera (DPMS) seperti yang disarankan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk dalam  memelihara hubungan baik dengan kerajaan persekutuan.
"Kita tak perlu lagi sebut soal keburukan,  kehancuran, mungkir janji yang dilakukan kerajaan persekutuan hari ini.Ia tak perlu dijadikan  utama ceramah akan tetapi yang perlu diulang sebut ialah  kejayaan dan pencapaian (PAS) di Terengganu dan Kelantan dan di seluruh negara.
"Kita perlu faham bahawa DPMS  membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan dan ini tawaran PAS yang perlu diberikan kepada rakyat," katanya.
Akram Ikrami juga berkata PAS perlu mengamalkan politik damai dengan kerajaan persekutuan iaitu  menyokong segala perkara baik yang dilakukan kerajaan pusat demi pentingan dan kemaslahatan rakyat.
 Ini kerana biarpun PAS sudah berjaya menawan Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14, masih ramai rakyat yang belum meyakini agenda perjuangan yang dibawa oleh parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...