Skip to main content

PAS perlu berhati-hati bersahabat dengan UMNO


KUALA NERUS -- Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak mengabaikan peranan mereka meskipun kini rapat dengan UMNO.

Wakil DHPP, Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.

“Sekarang (PAS) sedang berbaik-baik dengan UMNO, MCA dan MIC. Ingat, sebab apa UMNO rebah.. sebab ada pemimpinnya tidak amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri.

Lau juga menarik perhatian perwakilan apabila mengingatkan anggota PAS supaya sentiasa berhati-hati dengan 'persahabatan' dengan UMNO, MCA dan MIC ketika ini agar tidak bertindak membela pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah.

"Kawan tetap kawan tetapi salah tetap salah. Sekiranya ada antara mereka menerima hukuman akibat rasuah, kita jangan simpati dengan mereka kerana perbuatan itu memang salah," katanya. 

Mengenai strategi menarik sokongan golongan Cina, Lau berkata PAS perlu mengambil hati mereka melalui pendidikan.

"Orang Cina ini memang ambil berat soal pendidikan. Jadi saya harap pemimpin PAS sentiasa cermat dalam membuat kenyataan, jangan sesekali ada kenyataan PAS hendak tutup sekolah Cina apabila berkuasa nanti walaupun dengan nada bergurau.

"Di Kelantan, orang Melayu berlumba-lumba hantar anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar Bahasa Mandarin, malah sebahagian besar mereka memang mudah dapat kerja," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...