Skip to main content

Nurul Izzah tolak nepotisme ada dalam PKR


BUKIT MERTAJAM -- Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyangkal bahawa akan wujud soal  nepotisme dalam parti itu sekiranya bapanya Datuk  Seri Anwar Ibrahim menjadi Anggota Parlimen nanti.

Memandang positif kritikan dan pandangan yang dilemparkan, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau akan menumpukan tumpuan pada kerja serta tugas yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

Nurul Izzah menegaskan, bagi menangkis tanggapan itu (nepotisme), seharusnya pemberian kontrak dan dana tidak diberikan kepada mereka yang tergolong dalam keluarga apabila memegang jawatan dalam kerajaan.

" Pada saya kita ambil secara positif  dan kita juga dengan penuh rendah diri memahami dalam skop  akan ada suara-suara yang  tidak bersetuju dengan kita. Alhamdulilah saya tidak termasuk dan tergolong dalam Kerajaan Pusat, saya amat-amat bersyukur diberikan  peluang oleh rakyat Permatang Pauh  yang menjadi suara  kepada isu-isu termasuklah  pemerkasaan anak-anak muda dalam  Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

"Pada saya, kita harus  pastikan  jangan diberikan juga pemberian  kontrak atau pemberian berupa dana  kepada  mereka yang tergolong dalam keluarga kita, bila kita memegang jawatan dalam kerajaan,"katanya kepaa pemberita  selepas merasmikan Karnival Malaysiaku  Mini RTC Pulau Pinang di Mengkuang Titi, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, yang mempersoalkan langkah untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar untuk  kembali ke Parlimen.

Ambiga dilapor berkata peletakan jawatan  Datuk Danyal Balagopal itu mencetuskan dakwaan amalan nepotisme dalam PKR.

Sementara itu berhubung permintaan  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Port Dickson yang tidak mahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid supaya tidak turun berkempen di kawasan itu (Port Dickson), Nurul Izzah berkata beliau menghargai perkara itu.

"Saya hargai kenyataan pimpinan utama Bersatu (Port Dickson)  dan saya harap dalam suasana ini kita lahirkan keharmonian yang kita mahukan iaitu untuk menunaikan janji dan agenda  kita  buat rakyat. Ini menunjukkan Bersatu pun sudah bersuara," katanya.

Mengenai PRK Port Dickson itu,  Nurul Izzah berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Negeri Sembilan  Aminuddin Harun.

"Menteri Besar merangkap Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan semalam dimana mesyuarat telah bermula dan saya akan berbincang dengan beliau. Sudah tentunya isu  isu tempatan akan di fokuskan. Dan sudah tentu kita perlukan gerak kerja dari semua dengan hasrat untuk menjadikan suara di parlimen itu suara yang dapat  didengari dan mengesankan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...