Skip to main content

RM279.2 juta subsidi RMR1M disalah guna


KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Sejumlah RM279.20 juta dana daripada kerajaan bagi tujuan menanggung subsidi kos pembinaan 13,960 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) telah digunakan untuk tujuan lain tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) terlebih dahulu.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen, turut mendedahkan bilangan RMR1M yang dibina sehingga 31 Disember 2017 juga masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. 
"Pembinaan RMR1M masih belum mencapai sasaran kerana hanya 24,057 unit telah dibina manakala 8,145 unit masih dalam pembinaan berbanding 44,152 unit yang patut dibina.  
"Pembayaran kepada kontraktor juga tidak mengikut tempoh yang ditetapkan dan kualiti RMR1M yang dibina juga tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," kata laporan itu. 
RMR1M merupakan antara dua kategori di bawah Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibina oleh  subsidiari Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), SPNB Mesra Sdn Bhd.  
Menurut laporan itu, amalan tadbir urus SPNB Mesra adalah memuaskan dan pada keseluruhannya kedudukan kewangan SPNB Mesra adalah stabil walaupun syarikat merekodkan kerugian bagi tempoh 2014 hingga 2016.
“Namun, terdapat keperluan untuk penambahbaikan dalam aspek komposisi ahli lembaga pengarah, penyediaan pelan perniagaan, pembayaran elaun tetap, elaun mesyuarat dan kemudahan pengerusi,” kata laporan itu. 
Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 itu juga mengesyorkan supaya Lembaga Pengarah SPNB Mesra memberi pertimbangan menggunakan dana subsidi untuk tujuan pembinaan RMR1M bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Pihak Audit juga mengesyorkan supaya harga yang ditawarkan kepada kontraktor dikaji semula agar mengikut harga pasaran terkini dan bayaran kepada kontraktor dibuat supaya objektif membantu, membangun dan memperkasa kontraktor Bumiputera (dapat) dicapai,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...