Skip to main content

Dana RM22 juta tidak digunakan untuk tujuan politik


KUALA LUMPUR -- Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan duit RM22 juta Yayasan Tabung Haji (YTH) disalah guna untuk aktiviti politik. 
Anggota Parlimen Baling itu berkata duit itu adalah dana yang diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan pihak korporat, peruntukan khas kerajaan serta orang perseorangan yang mahu menyumbang dalam pelbagai program kebajikan dan sosial.
“Program YTH yang dimaksudkan termasuklah program membantu golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), serta ibu tunggal seluruh negara menerusi program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’, dan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ selama setahun.
“Dana berjumlah RM22 juta itu bukanlah wang penabung (pendeposit TH). Ia adalah zakat hasil keuntungan pelaburan TH sebanyak RM7 juta dan selebihnya adalah duit sumbangan UMNO, Kerajaan Persekutuan dan syarikat yang tidak pernah berniaga dengan TH untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan pada 2017,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Ketika mengulas laporan akhbar mengenai perkara itu, Abdul Azeez berkata beliau akan tunggu panggilan daripada polis dan bersedia beri kerjasama.
Jumaat lepas, TH telah membuat laporan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini melibatkan Abdul Azeez, dua bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta kakitangan pengurusan kanan.
Kakitangan kanan itu ialah Datuk Adi Azuan Abdul Ghani (Ketua Pegawai Operasi) dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Laporan pertama melibatkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) pada 2017, di mana dana berjumlah lebih RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik. Ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.
Para pemegang amanah YTH pada masa itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi dan Rozaida, lapor Bernama.
Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina dibuat berhubung dakwaan salah nyataan dan penyorokan maklumat penting yang melibatkan jualan 95 peratus  saham PT TH Indo Plantations pada tahun 2012 yang dipegang oleh dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM3.8 billion).
Abdul Azeez berkata tiada sebarang dakwaan penyelewengan berkaitan maklumat penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM3.8 bilion).
“Saya dilantik sebagai pengerusi TH pada Julai 2013. Sehingga hari  ini tiada dakwaan penyelewengan atau kecurian yang berlaku berkaitan penjualan ini termasuklah dakwaan mengenai jualan yang dilakukan berasaskan harga di bawah nilai pasaran.
“Sebaliknya laporan media pada ketika itu jelas melaporkan bahawa harga jualan lebih tinggi daripada harga pasaran iaitu kira-kira AS$16,000 (RM67,200) sehektar,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...