KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bahawa kementerian tidak menyambung kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Dis lepas. Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan kesemua kontrak yang tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa, norma baharu kementerian. "KPM tidak pernah menganiaya mana-mana pihak dalam perkara ini dan tidak pernah menamatkan perkhidmatan 12,000 pengawal keselamatan seperti yang didakwa PIKM. "Kontrak yang ditender semula disertai oleh syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja," kata kenyataan itu. KPM berkata syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada kementerian sebelum ini juga menyertai proses tender yang dijalankan secara adil, telus dan penuh berintegriti. Presiden PIKM Datuk Seri Mu
Comments
Post a Comment