Skip to main content

Ganabatirau akan beri keterangan kepada polis


SHAH ALAM -- Exco kerajaan negeri Selangor V. Ganabatirau mengesahkan yang beliau akan memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya, dekat sini.
Ganabatirau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang negeri berkata beliau akan memberi keterangan berhubung isu itu pada 6 petang ini di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri.
"Saya sahkan akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengenai kenyataan saya berhubung insiden itu tempoh hari.
“Sepatutnya saya perlu hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor tetapi disebabkan ada mesyuarat perlu dihadiri, polis akan datang ke pejabat saya petang ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pada 26 Nov lepas, Ganabatirau melalui akaun sosial Facebook miliknya memuat naik status berhubung kekecohan yang berlaku di kuil berkenaan dengan mendakwa sekumpulan orang Islam telah menyerang kuil berkenaan.
Kenyataan beliau itu kemudian diselar pelbagai pihak termasuk PAS Selangor yang mana menyifatkan Ganabatirau cuba memainkan sentimen perkauman, lapor Bernama.
Susulan itu juga semalam Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementeriannya akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan seumpamanya di negara ini.
Sebelum ini polis menjelaskan insiden kekecohan di kuil itu pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas tiada kena mengena dengan perbalahan perkauman kerana ia sebenarnya menjurus kepada isu perpindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...