Skip to main content

Kanak-kanak tiada dokumen, kewarganegaraan tinggi di Sarawak


KUCHING -- Bilangan kanak-kanak tiada dokumen pengenalan diri dan tidak tentu kewarganegaraan mereka masih sangat tinggi di Sarawak, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Katanya menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak, terdapat 766 pelajar di negeri ini yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak berstatus warganegara Malaysia.

Beliau percaya jumlahnya mungkin lebih ramai kerana terdapat ibu bapa yang tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dan tidak memohon sijil kewarganegaraan untuk mereka.

Sehubungan itu, Fatimah berkata program untuk mendaftar serta membantu kanak-kanak terbabit akan diperhebatkan tahun ini secara lebih strategik membabitkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya pada tahun lepas kementerian beliau bersama-sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara berjaya mengelolakan sebanyak 120 program "outreach" untuk membantu mereka yang belum memilki dokumen pengenalan diri membuat permohonan.

Fatimah berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama antara kementeriann beliau dan Kementerian Pendikan Malaysia, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Keselamatan Negara dan beberapa agensi lain di pejabatnya di sini.

Beliau berkata mesyuarat itu antara lain turut membincangkan beberapa pendekatan serta prosedur untuk menangani masalah berkenaan.

"Fokus kita ialah pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan status kewarganegaraan mereka yang belum ditentukan," katanya.

Beliau berkata ia dilakukan berikutan dasar Kementerian Pendidikan membenarkan kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri memasuki sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula tahun ini.

Fatimah menyambut baik dasar baharu Kementerian Pendidikan itu yang membolehkan kanak-kanak dalam situasi sedemikian mendapat peluang untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah.

Katanya mesyuarat hari ini juga membincangkan cadangan untuk memberi bantuan kepada pelajar terbabit, sama seperti pelbagai bantuan yang diterima oleh pelajar warganegara Malaysia.

Sementara itu, Fatimah meminta Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat segera membuat tinjauan ke sekolah-sekolah yang dikatakan terdapat ramai pelajar terbiar oleh ibu bapa mereka yang perlu segera dibantu agar tidak membawa masalah kepada diri mereka dan masyarakat.

Beliau meminta guru besar atau pengetua sekolah yang mempunyai pelajar seperti itu segera membuat laporan polis supaya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memohon perintah mahkamah bagi menempatkan pelajar terbabit di bawah jagaanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...