Skip to main content

Awas, jangan mengintai atau mengendap


KUALA LUMPUR -- Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU) mengenainya dijangka akan dibentang di Parlimen Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata dokumen-dokumen penting berkaitan RUU berkenaan telah diserahkan kepadanya untuk diteliti, seterusnya dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan dan kelulusan.

“Saya kini sedang meneliti draf rang undang-undang tersebut yang telah siap. Ia boleh dibentang dengan cepat jika ada kesungguhan, saya menjangka pada tahun ini juga. Untuk sesi persidangan (Parlimen) bulan Mac mungkin tidak sempat kerana terlalu suntuk, tapi kita melihat kemungkinan bulan Julai dan Oktober. 

“Ia boleh dibuat cepat sekiranya semua kertas berkaitan telah siap. Ini adalah rang undang-undang mengenai ‘stalking’, mengintai dan menghendap,“ katanya kepada wartawan di luar persidangan Rantau Asia “Kepimpinan Politik Wanita : Mewujudkan Perubahan Positif” di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata pada masa ini pihak berkuasa perlu bergantung kepada undang-undang berkaitan ugutan jenayah atau serangan, yang di bawah undang-undang berkenaan, pesalah perlu menyentuh, mengugut dan menyerang mangsa terlebih dahulu sebelum tindakan boleh diambil terhadapnya manakala mangsa pula perlu mengemukakan klip video sebagai bukti kesalahan jenayah berlaku.

”Kadangkala apabila wanita sedang dikejar, dia tIdak dapat rekod (rakam), jadi dia akan datang ke polis dan polis akan kata tidak ada keterangan yang kukuh untuk mengambil tindakan. Dia akan kata, adakah dia sentuh, tidak ada. Adakah dia pukul you, tidak ada. Tetapi you know apabila you kena intai or hendap, ketakutan you dalam fikiran.

“Mereka (suspek) boleh menggunakan telefon bimbit pesanan ringkas WhatsApp, media sosial untuk memberikan tekanan kepada mangsa. Jadi dengan adanya undang-undang ini kelak, kita tidak payah tunggu sampai dia sentuh, pukul ataupun melakukan sesuatu terhadap wanita atau individu tersebut...Sekiranya dilakukan kerap, polis boleh ambil tindakan,” katanya.

Liew menarik perhatian, hasil kajian turut mendapati, apabila mangsa menerima pelbagai tekanan akibat diintai dan dihendap, terdapat kemungkinan tinggi untuk individu tersebut membunuh diri dan kerana itu tindakan kepada pesalah intai dan hendap perlu dilakukan.

Tegasnya, undang-undang yang bakal dilalaksanakan itu juga antara satu bentuk pencegahan sebelum sesuatu jenayah berlaku kepada mana-mana mangsa yang mungkin telah diintai dan dihendap beberapa kali atau berbulan-bulan lamanya.

"Janganlah tunggu sampai sesuatu berlaku baru tertindak. Kadangkala dalam kes ini, biasanya apabila dia telah pun menghendap ataupun mengintai seseorang, akan ada satu tahap di mana dia akan melakukan sesuatu yang lebih ganas daripada sebelum itu.
@Kita tidak mahu tunggu sampai keganasan itu berlaku dan keselamatan wanita itu terjejas. Jadi kita mesti ada satu undang-undang untuk menjaga keselamatan kaum wanita kita,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...