Skip to main content

Kenapa Gobind Singh Deo yang cakap hal Zakir

SHAH ALAM -- Kenapa Menteri Komunikasi dan Multimedia yang bercakap mengenai pendirian kerajaan terhadap pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik?

Jelas dan tidak mungkin hal berkaitan dengan pendakwah itu seperti ekstradisi atau menentukan beliau melakukan kesalahan terletak pada bidang kuasa menteri ini, walaupun Gobind sekadar bercakap mengenai perbincangan kabinet.

Menteri itu dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, kerajaan akan bertindak sewajarnya dan sentiasa “menjunjung kedaulatan undang-undang dalam apa jua kes dan bukan hanya dalam kes melibatkan pendakwah kontroversial Dr Zakir.

“Kita kena follow rule of law. Setahu kerajaan, India menyatakan bahawa mereka mempunyai kes terhadap pendakwah itu.

“Jadi, saya fikir apa yang perlu dilakukan ialah apabila kes itu dikemukakan, keputusan akan dibuat sama ada untuk menghantarnya pulang atau tidak,” kata beliau kepada pemberita.

Apakah maksud tersirat bagi pemimpin DAP ini yang melangkaui bidang tugasnya dalam komunikasi dan multimedia, mendahului menteri yang menjaga undang-undang dan juga dalam negeri.

Bernama melaporkan Gobind berkata perkara itu telah dibincangkan dan ditangani dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Dr Zakir, yang mempunyai taraf Pemastautin Tetap  Malaysia, dilaporkan dikehendaki oleh kerajaan India kerana dakwaan mempromosikan keganasan dan pengubahan wang haram.

Dr Zakir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membenarkan beliau berada di negara ini dan mengkaji kesnya dari “perspektif yang tidak berat sebelah”.

Beliau berkata keputusan itu mengukuhkan keyakinannya terhadap sistem keadilan dan keharmonian kaum di Malaysia sambil  menambah ini adalah bukti kepada kejayaan amalan kepelbagaian kaum di negara ini.

Dr Mahathir dilaporkan berkata Malaysia tidak akan menghantar pulang Dr Zakir "selagi beliau tidak menimbulkan masalah di negara ini.

Semoga tidak ada sebarang biasan dan perkara yang tersembunyi apabila pak menteri yang merupakan lulusan undang-undang ini memperkatakan sesuatu yang tidak dalam lingkungan kerusi tugas di kementeriannya.



Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...