Skip to main content

Anwar didakwa sogok pengundi


PORT DICKSON -- Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong pada Isnin membuat laporan polis terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang didakwa kononnya melakukan sogokan kepada pengundi Parlimen Port Dickson pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.
Personaliti media sosial itu itu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 12 tengah hari, tadi.
Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata laporan polis itu menyentuh mengenai dua perkara berkenaan sogokan yang dibuat oleh Anwar iaitu mengenai tiga inisiatif yang akan dilakukannya kepada masyarakat Port Dickson dan  pelancaran program tuisyen dalam talian secara percuma.
"Dia (Anwar) telah merancang tiga program untuk rakyat Port Dickson iaitu projek pelancongan lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan yang diumumkan pada program ceramah perdana di Sri Tanjung, 30 Sept lepas serta pelancaran program tuisyen percuma dalam talian untuk pelajar  darjah 1 hingga tingkatan 5 di Port Dickson, pada 4 Okt lepas.
"Dengan memaklumkan kepada pengundi tentang program dan projek yang diperoleh dan menaja program tuisyen dalam talian kepada pelajar di Port Dickson secara percuma, saya percaya bahawa Anwar telah melanggar Seksyen 10 (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyogokan," katanya.
Sementara itu, Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR dalam kenyataan balasnya menafikan berbuat demikian sebaliknya menegaskan bahawa program PDTuition yang dilancarkannya itu merupakan inisiatif sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
"Sebagai contoh program PDTuition, ia merupakan satu inisiatif NGO dan tak ada kena mengena dengan kerajaan. Dia (Stevie Chan) buatlah apa pun...dia patut terangkan apa yang dia nak buat untuk Port Dickson. Projek itu, habis kita tak boleh tolong orang Port Dickson ke?,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama kira-kira 70 peniaga kecil di sini.
Anwar berkata kesemua program yang diumumkan beliau semasa kempen PRK itu berlangsung, yang kini berbaki empat hari lagi, adalah inisiatif NGO dan tidak mewakili suara kerajaan.
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Anwar, Stevie Chan, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian adalah pada 13 Okt ini, manakala pengundian awal, esok.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...