Skip to main content

Saya tidak buka cerita lama - Saiful Bukhari


PORT DICKSON -- Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menafi menggunakan isu lamanya dengan Ketua Umum PKR itu sebagai bahan kempen dalam  siri ceramah kelompok yang diadakan baru-baru ini.
Sebaliknya, calon bebas PRK itu menegaskan bahawa beliau berpegang teguh kepada pendirian yang dibuatnya pada hari penamaan calon, 29 Sept lepas untuk tidak mengungkit kisah lama ‘Anwar-Saiful’.
“Saya tidak membuka cerita lama itu dalam ceramah sebaliknya berkongsi isu itu atas kapasiti menjawab soalan penduduk ketika sesi soal jawab selepas ceramah. Bukan saya nak menjadikan ia sebagai bahan kempen dengan menyerang peribadi Anwar.
"Saya pegang kepada ikrar saya sebelum ini... kempen saya dalam bentuk ceramah dan ada sesi soal jawab..soalan tentang isu liwat itu diajukan pengundi semasa sesi soal jawab bukan dalam ceramah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Port Dickson dekat sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Saiful Bukhari, 33, amat berpuas hati dengan sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya sepanjang tempoh sembilan hari berkempen.
"Saya sudah berkempen di kelima-lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Port Dickson… rasanya hampir 8,000 orang saya bersalaman," katanya sambil menambah telah menjelajah hampir 70 peratus di daerah berkenaan.
Mengenai kutipan Tabung RM1 yang dilancarkannya pada 2 Okt lepas bagi menampung kos perbelanjaan kempennya, beliau mendedahkan ia sudah mencecah RM3,000, lapor Bernama.
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Anwar, Mohd Saiful Bukhari, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 13 Okt ini, manakala pengundian awal, esok.
Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...