Skip to main content

Hendak menggelar saya dengan apa nama sekalipun, silakan


KUALA LUMPUR -- Kerajaan tidak akan menetapkan sebarang garis masa untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Beliau berkata pemansuhan akta itu akan mengambil masa kerana ia memerlukan kelulusan Parlimen.
"Kita tidak dapat menentukan dengan tepat garis masa tertentu kerana bimbang tidak dapat mematuhi garis masa yang telah ditetapkan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "Tun Ismail Ali - Paragon of Trust and Integrity" di Sasana Kijang.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bila akta berkenaan akan dimansuhkan ekoran kritikan daripada beberapa pihak yang mendakwa akta itu telah beberapa kali digunakan oleh kerajaan baharu termasuk dalam kes terbaru melibatkan Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, yang ditahan di bawah akta itu.
Pemansuhan akta kontroversi itu adalah satu daripada manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan.
Dr Mahathir berkata akta itu tidak akan dimansuhkan buat masa ini dan akan terus digunakan.
"Saya tidak ambil kisah pun tentang perkara ini. Jika ada sesiapa hendak menggelar saya dengan apa nama sekalipun, silakan," katanya, lapor Bernama.
Katanya terdapat beberapa undang-undang yang akan dimansuhkan manakala beberapa yang lain akan dipinda.
"Jadi, ia akan mengambil masa kerana Peguam Negara akan meneliti kesemua undang-undang baharu itu.
"Dan sebahagian daripada undang-undang tersebut akan melibatkan Perlembagaan, dan jika ia melibatkan Perlembagaan, kita memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga itu," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...