Skip to main content

Port Dickson jenama pelancongan yang kusam


PORT DIKCSON -- Satu pelan hala tuju baharu pelancongan Port Dickson sedang dirangka yang akan menggariskan beberapa tindakan bagi meningkatkan jenama yang kurang mendapat sambutan serta kualiti pusat peranginan terkenal itu.
Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor berkata antara matlamat utama pelan itu yang sedang dibincangkan di peringkat kerajaan negeri adalah untuk menjadikan pantai Port Dickson dan kawasan sekitarnya bersih dan mewujudkan lebih banyak produk pelancongan yang mampu menarik kedatangan pelancong.
"Kita ada 10 pantai sepanjang 18km yang sesuai digunakan untuk aktiviti riadah jadi perlu ada kaedah untuk mengekalkan keindahan pantai ini kerana ia adalah produk utama pelancongan yang membuatkan orang mengunjungi Port Dickson.
"Selain pantai sebenarnya kita ada banyak produk pelancongan yang lain tapi kurang menjadi tumpuan seperti Muzium Tentera Darat, pusat ikan hiasan, homestay dan sebagainya yang perlu dipopularkan lagi," katanya.
Katanya, Port Dickson yang mencatatkan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 4.2 juta setahun juga memerlukan sistem perbersihan yang cekap terutama di sepanjang jalan dan kawasan tumpuan bagi menjaga imejnya.
Khairy berkata, selain menawarkan pantai peranginan yang diiktiraf antara yang tercantik di negara ini, Port Dickson yang terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur turut juga diiktiraf sebagai Bandar Tentera Darat dan PD Wellness Zone.
Langkah untuk membangunkan pelancongan di Port Dickson itu dilihat selari dengan aspirasi calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk bukan saja membawa pelaburan dan pembangunan baharu, tetapi juga projek baru di tapak-tapak sedia ada.
Dalam beberapa siri ceramahnya, Anwar berkata infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan internet di Port Dickson perlu ditingkatkan selain menekankan kepentingan kebersihan pantai-pantai di sini untuk dinikmati para pengunjung.
“Ada dua projek yang akan dibawa masuk ke Port Dickson ini nanti dengan salah satunya adalah projek hotel mewah dan kita akan minta pemaju hotel mewah ini bukan sahaja menjaga pantai di kawasan hotel mereka tetapi juga pantai-pantai di kawasan sekitarnya,” katanya, lapor Bernama.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Danyal Balagopal, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Okt ini, manakala pengundian awal pada 9 Okt.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...