Skip to main content

Johor akan henti beli air terawat dari Singapura


PETALING JAYA -- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kajian penuh berhubung usaha memastikan Johor tidak lagi bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura. 

Menterinya Dr Xavier Jayakumar berkata kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri itu bagi mengenalpasti impak, rangka kerja, cadangan dan rundingan berhubung kebergantungan kepada sumber asas itu.

“Kita mahu Johor pergantungan sifar dan kita tidak mahu mereka ambil air (terawat) dari Singapura lagi. Dalam masa yang sama kajian ini memastikan air di Johor mencukupi untuk masa akan datang.

“Hasil kajian ini saya akan kemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Konservasi Air SPAN sempena sambutan Hari Air Sedunia di Petaling Jaya Boulevard di sini, hari ini. 

Awal Mac lepas, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan negeri itu merancang untuk tidak lagi mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura sekali gus mahu menampung sendiri keperluan sumber itu.

Singapura bayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen. 

Ditanya mengenai paras air di empangan seluruh negara susulan cuaca panas yang melanda ketika ini, Xavier berkata paras air semua empangan kini berada dalam keadaan terkawal.

“Walaupun paras air sudah rendah di beberapa empangan tetapi ia bukan krtitikal, malah hujan sudah mula kembali dan dijangka beberapa kawasan yang dilanda kemarau akan dapat hujan bulan ini,” katanya. 

Terdahulu Xavier turut mengumumkan pelantikan tujuh Anggota Suruhanjaya baharu bagi SPAN iaitu Steven Choong Shiau Yoon, Datuk Dr Abdul Rashid Maidin, Dr Gurdial Singh Nijar, Abdul Halim Jantan, V. Subramaniam, Faizal Parish Abdullah dan Sarajun Hoda Abdul Hassan.

Menurut Xavier kesemua mereka dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran masing-masing dalam bidang berkaitan sumber air.

“Mereka akan menentukan hala tuju SPAN dan memastikan perjalanan suruhanjaya ini berjalan lancar,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...