Skip to main content

Dr Streram kekal calon PRK DUN Rantau


KUALA LUMPUR -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram dipilih bertanding semula pada PRK tersebut berikutan dinafikan hak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata beliau berpegang kepada prinsip keadilan iaitu calon yang layak harus dibenarkan bertanding untuk menjadi wakil rakyat.

“Kita dapati bahawa calon dulu adalah orang tertentu kerana penipuan maka dia kalah. Sekarang didapati (keputusan) PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat di situ. Jadi orang yang lama diletakkan di situ. 

"Kita pegang kepada prinsip, takkan dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon BN. Kita terpaksa juga letak calon yang lama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Dr Streram gagal menjelaskan hutang berkaitan dengan PRK Rantau, Dr Mahathir berkata selagi calon tidak bankrap mereka dibenarkan untuk bertanding meskipun mempunyai hutang.

"Kalau calon itu melanggar undang-undang dan tidak layak jadi calon, kita tidak akan letak dia. Tetapi setakat yang kita tahu walaupun ada hutang dia masih boleh jadi calon, lainlah kalau bankrap,” katanya.

Dr Streram tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.

Berikutan itu, pada 23 Mei tahun lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon pilihan raya DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya, Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Susulan itu, Mahkamah Khas Pilihan Raya pada 16 Nov memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta-merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal. 

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata gabungan tenaga dan jentera PH yang kuat bakal memberi saingan yang sengit pada PRK Rantau 13 April ini.

“Kita akui perjalanan ke Rantau itu mungkin menghadapi satu cabaran yang besar sekiranya UMNO meletakkan calon Datuk Seri Mohamad Hasan kerana sudah pastilah beliau mempunyai kelebihan memandangkan statusnya sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan selaku wakil rakyat di kawasan tersebut (sebelum ini),” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu perkauman bakal dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada kempen PRK Rantau, Azmin berkata ia merupakan survival parti itu.

“PH sentiasa berpegang kepada prinsip yang mahukan semua rakyat negara ini mendapat nikmat dari kemakmuran dan pembangunan negara.

“Kita akan berikan penjelasan beberapa inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...