Skip to main content

Pulang ke Indonesia selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam


JAKARTA -- Selepas lebih dua tahun ditahan dalam menjalani proses pengadilan di Malaysia, akhirnya Siti Aisyah tiba di tanah airnya, Indonesia petang Isnin.

Dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi, Siti Aisyah, 27, selamat tiba di Jakarta di Lapangan Terbang Halim Perdana Kesuma, pada 5 petang dengan pesawat khas, yang diuruskan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

Ratusan petugas media tempatan menunggu ketibaan Siti Aisyah sejak jam 3 petang itu, turut menyiarkan berita secara meluas berkenaan keputusan Hakim Datuk Azmi Ariffin berhubung kes tersebut.

Siti Aisyah ditahan pihak berkuasa Malaysia pada hari kejadian pembunuhan Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb 2017.

Siti Aisyah yang berasal dari Serang, Banten, kelihatan ceria, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pembebasannya itu.

Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly yang turut bersama Siti Aisyah dalam sidang akhbar di Jakarta, berkata pemerintah Indonesia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia, yang terlibat dalam proses pengadilan itu.

"Selama dua tahun dan 23 hari, Siti Aisyah dipenjara di Malaysia (ditahan dalam menjalani proses pengadilan), proses yang panjang, dan dia ternyata terbukti tidak bersalah, hanya menjadi mangsa dalam konspirasi kononnya terlibat dalam program, reality show, tidak mengetahui yang dia telah diperalatkan," katanya.

Menteri Luar Indonesia Retno LP Marsudi dalam satu kenyataan berkata pembebasan Siti Aisyah merupakan satu keputusan ‘yang manis’ dan khabar gembira buat Indonesia selepas wanita itu mengalami proses pengadilan yang panjang.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Hakim Azmi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Pendapatan RM2 juta tanam tembikai wangi

KOTA BHARU -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) gembira apabila pendapatan 29 peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism di Kampung Banggol di sini kini hampir mencecah RM2 juta setahun. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata beliau yakin hasil penanaman tembikai wangi yang mereka usahakan di sebidang tanah berkeluasan lebih 40 hektar di kampung itu akan mencecah lebih RM2 juta pada tahun ini berdasarkan kepada mutu buah yang semakin baik dan mendapat permintaan tinggi. "Pendapatan mereka kini meningkat pada setiap tahun dan sebagai perbandingan pada 2011 mereka mendapat sekitar RM235,000 dan pada tahun lepas pendapatan mereka sudah mencecah hampir RM2 juta. "Ini hasrat kita untuk melihat petani ini berjaya dan akhirnya keluar daripada garis kemiskinan dan sebab itu FAMA akan membantu mereka berjaya dalam pertanian," katanya kepada Bernama selepas majlis  menandatangani perjanjian jual beli tembikai...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...