Skip to main content

Bekas Penolong Jurutera JKR didakwa gubah wang haram RM187,000


MELAKA -- Bekas penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dihadapkan ke Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM187,000, dua tahun lepas.

Tertuduh Hairudin Ngadiron, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Hairudin, didakwa melibatkan diri dalam sembilan transaksi penggunaan wang tunai berjumlah RM187,898.20 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pelbagai perbelanjaan untuk mengubah suai rumah dan pembayaran menyelesaikan kes rasuah di Kampung Parit Gantung, Sungai Rambai, Jasin dekat sini, antara Januari dan Julai 2017.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) SPRM Mohd Farez Rahman memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh pernah didakwa di mahkamah sama dan Johor Bahru serta berada dalam jaminan RM30,000 selain mencadangkan mahkamah mengguna pakai ikat jaminan terdahulu dan kesemua kes dibicarakan bersama di sini.

Hakim Mohd Nasir bersetuju dengan cadangan TPR Mohd Farez dan menetapkan 16 April ini untuk perbicaraan kes di mahkamah di sini dengan memanggil seramai 26 orang saksi pendakwaan serta tertuduh dibenarkan ikat jaminan dengan jaminan sedia ada iaitu RM30,000.

Hairudin yang pernah bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri, Muar diwakili peguam Mohammad Fadzaial Ab Latif.

Media sebelum ini melaporkan, pada 10 Okt tahun lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas SPRM Johor Bahru atas pertuduhan menerima suapan bernilai RM4,200 membabitkan bayaran membaiki sebuah kenderaan pada 2017.

Pada 5 Okt tahun lepas, di mahkamah di sini, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan menerima suapan dalam bentuk wang tunai dan barangan bernilai RM465,886.32 daripada seorang kontraktor sebagai upah membantu mendapatkan kerja di maktab berkenaan pada 2016.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...