Skip to main content

Tiga tahun tidak memadai untuk senator


PORT DICKSON -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran hari ini sekali lagi meminta Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara meneliti  cadangan supaya  tempoh keanggotaan senator dipanjangkan kepada sekurang-kurangnya lima tahun.

Beliau berkata ini memandangkan tempoh tiga tahun bagi satu penggal yang diberikan kepada senator tidak mencukupi malah tempoh berkenaan juga dianggap sebagai tempoh pembelajaran untuk seseorang senator belajar mengenai pelbagai perkara termasuk dasar dan sistem kerajaan.

“Tempoh lebih tiga tahun itu bukan untuk kita meraih lebih pendapatan dan membazir duit rakyat. Seseorang yang menjadi ahli Yang Berhormat daripada peringkat negeri atau persekutuan,  tempoh hingga tiga tahun ini dia tengah belajar.

“Lepas tiga tahun dah habis seseorang itu mungkin tidak disambung. Itu nasib dia, tapi semua pengalaman dia yang dia dapat sebagai seorang ahli Yang Berhormat atau senator, habis. Jadi kita melatih seseorang yang tidak membawa ‘pulangan pepaburan’ balik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas persidangan meja bulat reformasi Dewan Negara siri kedua di sini yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad,  Pengerusi Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff  dan  Speaker Dewan Senat Kanada George J. Furey.

Beliau berkata selain itu juga, seseorang yang berkhidmat sebagai senator yang telah pun meninggalkan pekerjaan sebelum ini tidak layak mendapat pencen penuh sekiranya tempoh jawatan mereka terhad kepada tiga tahun.

“Tiga tahun dibagi supaya awak jangan buat bising, jangan tanya soalan. Kalau tanya soalan, buat bising, parti tersebut tidak akan memanjangkan tempoh perkhidmatan dia. Jadi pemikirkan ahli Yang Berhormat itu nak dapat pencen adalah lima tahun, jadi dia diam saja. Saya tidak bercakap mengenai memberi lanjutan kepada sesiapa... tak...kerana akhirnya rakyat yang menilai sama ada membazir atau memberi kebaikan.

“Sejajar dengan  Malaysia Baharu, saya rasa ini masa yang tetap untuk membuat perubahan. Di Kanada, sistem yang mereka pakai ialah perlantikan oleh satu jawatankuasa yang bebas...bermakna jawatankuasa bebasa itu akan memilih dan memberi cadangan kepada perdana menteri. Pada masa sekarang kemungkinan belum boleh dilaksana di negara kita tapi apa yang boleh dilakukan ialah supaya seseorang yang mendapat jawatan senator itu bertungkus lumut menyuarakan isu rakyat,” katanya.

Pada masa ini, senator dilantik untuk tempoh tiga tahun bagi satu penggal, dan berkemungkinan disambung untuk tiga tahun lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...