Skip to main content

Kerajaan tidak bermaksud sekat kebebasan awam


KUALA LUMPUR -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata gesaan agar komen yang sederhana dalam portal bukanlah bermaksud hendak mengehadkan  kebebasan awam.

Beliau berkata, ia lebih kepada untuk mengekalkan kesopanan dan mengelakkan luahan yang akan membawa kepada kenyataan merangsangkan yang mungkin membawa kesan kepada keselamatan negara.

“Kebebasan bersuara bukan bermaksud untuk menggalakkan komen kelucahan, tidak beradab atau  seksis. Kita juga tidak patut membiarkan ancaman fizikal atau ancaman kecederaan tubuh badan dalam media sosial.

“Hantaran atau komen seumpama hendaklah dielakkan dan ini boleh dicapai menerusi tapisan sendiri di samping bantuan daripada portal itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Gobind juga berpendapat bahawa meminta portal untuk sederhanakan kandungan dalam bahagian  komentari mereka ia bukanlah tidak munasabah.

Beliau berkata, intipatinya ia mengukuhkan kenyataan bahawa kerajaan mendukung hak kebebasan  bersuara tetapi pada masa yang sama mengulangi akan keperluan bertanggungjawab.

"Saya berpendapat bahawa perlu adanya kebebasan bagi setiap orang untuk membincangkan topik secara terbuka dan berterus terang dalam media sosial. Ini penting dan kita perlu mengekalkannya.

“Pada masa yang sama, kita mahu memastikan intipati perbincangan tidak lari dan media sosial tidak disalahguna hinggakan ia menyalahi undang-undang, menyebabkan pergolakan sosial atau  menggugat keselamatan negara, katanya.

Gobind berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan pihak yang berkepentingan.

”Saya berhasrat untuk duduk dengan mereka yang berkenaan, termasuk rakan saya dalam media untuk mencari jalan di mana kami boleh membincangkannya, usahakan satu rangkakerja dan bersetuju kepada beberapa mekanisme yang mana kami boleh kendalikan aduan yang saya terima,” katanya dan menambah  bahawa beliau menerima banyak aduan berhubung penggunaan media sosial terutama yang berkaitan komen dalam portal yang termasuk portal berita.

Gobind berkata, beliau akan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada majlis media yang akan ditubuhkan mengenai perkara ini dan cara bagaimana untuk menggalakkan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab, yang pada masa yang sama menyediakan ruang untuk kebebasan bersuara di negara ini.

Buat masa ini, Gobind mengulangi gesaan kepada semua agar berhati-hati dengan apa yang mereka hantar dalam media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...