Skip to main content

Tiga polis dipenjara tujuh tahun kerana menculik


KUALA LUMPUR -- Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor masing-masing dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana  menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, lima tahun lalu.
Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Inspektor Mohd Khairul Hafiz Yaacob, 38, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang manakala tiga anggota lain iaitu Lans Koperal Azlan Abdul Kadir, 38, dan Koperal Amran Md Sali, 42, masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan Mohd Khairul Hafiz dan Azlan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap mereka pada 11 Okt 2015 manakala  Amran bermula hari ini kerana Amran membayar wang  ikat jamin sebanyak  RM30,000 manakala  Mohd Khairul Hafiz dan Azlan yang tidak mampu membayar jaminan itu ditahan di Penjara Sg Buloh sejak mereka ditangkap.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melarikan dengan paksa K. Gopala Guru, 51, dengan niat mahu menyebabkan orang itu dikurung secara sulit dan salah di Jalan Maharajalela, Off Jalan Loke Yew di sini antara 7 dan 7.30 malam, 2 Feb 2013.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pencegahan terhadap kesemua tertuduh mengambil kira faktor mangsa yang diculik dan dilarikan dalam kes ini tidak dijumpai sehingga kini, lapor Bernama.
"Saya juga mohon mahkamah mengambil kira perasaan dan emosi keluarga mangsa yang kehilangan seorang bapa, suami dan anak. Perbicaraan ini juga telah mengambil masa yang panjang sejak tahun 2015," katanya.
Peguam Mohd Farid Aziz, Ridha Abdah Subri dan Mohamad Afza Zahari yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guam mereka telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama hampir 20 tahun.
"Mereka juga merupakan pesalah kali pertama dan masing-masing mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan perlu dijaga," katanya.
Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...