Skip to main content

PAS bukan saingan Anwar di Port Dickson


PORT DICKSON -- Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan PAS yang akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak akan mampu menyaingi ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presidennya yang juga Anggota Parlimen Tampin, Dr Hasan Baharom berkata beliau melihat ketua umum PKR itu tidak berdepan masalah untuk mengekalkan status quo parti di kerusi berkenaan.
"PAS bukan saingan Anwar dalam PRK Port Dickson dan mereka hanya sekadar bertanding dan kita tahu mengapa mereka nak masuk bertanding iaitu tidak mahu memberikan kemenangan mudah buat Anwar. 
"Itu hak dialah (PAS) nak bertanding. Calon kita (Pakatan Harapan) semua orang tahu kerana beliau juga bakal perdana Menteri yang kelapan. Kita percaya semua orang mahu Datuk Seri Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat selepas menang nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian PAS semalam yang ingin meletakkan calonnya pada PRK itu selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda Amanah di Taman Belida, di sini.
Turut hadir, Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mustafar Ab Kadir dan Ketua Pemuda  Amanah Pusat Mohd Sany Hamzan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dilapor sebagai berkata parti itu akan meletakkan calon bagi PRK Parlimen Port Dickson dan pengumuman calon akan dibuat malam ini, lapor Bernama.
Sementara itu Hasan berkata Amanah akan bekerja keras memastikan kemenangan Ketua Umum PKR itu di kerusi berkenaan.
PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain selain Anwar iaitu dua parti politik, PAS dan Parti Rakyat Malaysia, selain calon bebas Stevie Chan Keng Leong untuk mengambil bahagian.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...