Skip to main content

Polis tumpas Macau Scam bersama seorang Datuk Seri


KUALA LUMPUR -- Seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ antara 99 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket Macau Scam di Jalan Stesen Sentral, KL Sentral, di sini, Khamis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata pada serbuan 1.40 petang itu, sindiket yang beroperasi sebagai pusat panggilan itu menjadikan bangunan pejabat mewah berkenaan sebagai markas untuk menawarkan pelaburan kepada pelanggan di China.
Beliau berkata 99 individu yang ditahan itu terdiri daripada 78 lelaki dan 21  wanita berumur antara 14 hingga 44 tahun yang bekerja di premis berkenaan.
“Daripada jumlah itu juga, seramai 93 adalah warga China manakala enam adalah warga tempatan.
“Semasa serbuan, kesemua suspek sedang membuat panggilan menawarkan perkhidmatan pelaburan saham kepada pelanggan warga China yang menjanjikan pulangan lumayan,” katanya pada sidang media mengenai Macau Scam.
Amar Singh berkata pihaknya mendapati sindiket ini memperoleh keuntungan lebih RM50,000 sebulan, dan menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan mereka kerana terdapat penggunaan Voice Over Internet Protocol (VOIP) bagi mengendalikan panggilan luar negara.
Beliau berkata antara barang milik sindiket itu yang dirampas adalah telefon bimbit  sebanyak 169 unit, komputer riba (114 unit), buku catatan (19 unit), pasport (16 keping) dan sebuah kereta Toyota Vellfire, lapor Bernama.
“Sindiket yang mensasarkan kebanyakan mangsa warga China ini tidak beroperasi pada satu tempat sahaja, ia untuk menyukarkan kegiatan mereka dikesan. Suspek akan memperdayakan mangsa untuk membeli saham yang kononnya diyakini memberi keuntungan dalam masa yang singkat,” katanya.
Amar Singh berkata kesemua suspek masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.
Dalam perkembangan yang sama, Amar Singh mendedahkan Macau Scam mengakibatkan kerugian lebih RM100 juta setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...