Skip to main content

Kerajaan harap kurangkan hutang dalam tempoh 1-2 tahun


NEW YORK -- Kerajaan Malaysia yang baru dipilih berharap dapat mengurangkan sejumlah besar hutang negara dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengutamakan usaha bagi pemulihan kekayaan dan menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan.
“Sekarang ini kita sebagai kerajaan. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah menyelesaikan beberapa masalah yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Kerajaan sebelum ini telah meminjam sejumlah wang yang besar iaitu lebih RM1 trillion. Adalah sukar bagi kita tetapi dalam satu atau dua tahun ini kita boleh mengurangkan jumlah itu,” katanya semasa sesi dialog bersama-sama anggota Masyarakat Asia di sini, dengan bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd bertindak sebagai moderator.
Mengenai hutang Malaysia, Dr Mahathir berkata tiada negara sepatutnya mempunyai hutang di luar kemampuannya dan beliau merasa terkejut bagaimana kerajaan sebelum ini boleh membiarkan perkara itu berlaku.
 “Hari ini kebanyakan negara termasuk Malaysia, ibu bapa tidak mampu mendidik anak mereka  berhubung nilai-nilai murni kerana kedua-dua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai masa berkualiti yang mencukupi untuk diluangkan bersama anak.
“Jadi, kita di sekolah, dalam sekolah rendah dan tadika, perlu mendidik anak dengan nilai-nilai murni,” katanya, lapor Bernama.
Dr Mahathir berkata sekolah hendaklah memberi kepentingan kepada sistem nilai-nilai murni yang akan mencorak secara positif peribadi masyarakat.
“Jika tidak, mereka akan memperoleh nilai-nilai daripada rakan dan ia mungkin tidak sesuai untuk masa hadapan mereka atau untuk masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, nilai-nilai murni memainkan peranan besar dalam pembangunan sesebuah  masyarakat.
“Jika anda mempunyai pengetahuan yang baik dalam sesuatu perkara tetapi menggunakan pengetahuan itu ke jalan yang tidak baik, contohnya anda belajar mengenai kuasa nuklear dan anda membuat keputusan untuk menghasilkan bom dan membunuh orang, anda patut diberitahu  bahawa membunuh orang adalah salah, secara moralnya,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata beliau ingin menjadi Menteri Pendidikan agar beliau boleh mengkaji semula kurikulum pendidikan di Malaysia tetapi perlu mengetepikan idea itu kerana terpaksa  mematuhi manifesto pilihan raya PH yang menyebut bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang lain-lain jawatan menteri.
Sesi berkenaan turut mendengar Rudd pada pertengahan temubual itu berkata beliau menganggap Dr Mahathir sebagai santo pelindung.
“Amat jarang sekali saya melihat seorang pemimpin menyampaikan ucapan selama 30 minit tanpa nota. Kami anggap anda sebagai santo pelindung sekembali semula dalam poliltik,” katanya dan disambut ketawa daripada hadirin.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...