Skip to main content

Enam penjuru di PRK Port Dickson?


PORT DICKSON -- Perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menjadi semakin menarik meskipun UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon, selepas ramai pihak termasuk yang  individu tampil menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu.
Dalam masa semakin suntuk iaitu dengan esok adalah hari penamaan calon, setakat ini PAS dan dua individu telah menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian di kerusi berkenaan, selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili PAS, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.
Bagaimanapun, Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding belum diketahui keputusannya manakala bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang juga merupakan bekas pegawai Anwar pula belum mengumumkan pendiriannya.
Semalam, Mohd Ezam dipetik sebagai berkata mengakui menerima desakan daripada rakan lama untuk beliau bertanding dalam PRK itu.
Sekiranya semuanya jadi, PRK Parlimen Port Dickson dijangka akan menyaksikan pertembungan enam penjuru.
Bagaimanapun, jumlah calon yang bertanding hanya akan diketahui esok pada hari penamaan calon yang akan bermula pada 9 pagi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt hari pengundian awal.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding  jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP,  Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...