Skip to main content

Bekas Leftenan Kolonel calon PAS PRK Port Dickson


PORT DICKSON -- Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Pengumuman itu dilakukan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 200 penyokong pada majlis pengisytiharan calon PAS bagi PRK berkenaan di sini, malam Jumaat.
Mohd Nazari, 57, pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), merupakan Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat).
"Kita berharap pengundi Port Dickson dapat memberi isyarat (dengan mengundi PAS) bahawa sesuatu telah berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan," kata Tuan Ibrahim.
Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustafa Daharun dan barisan kepimpinan parti. 
Sementara itu, Mohd Nazari mengucapkan terima kasih kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan parti atas amanah serta kepercayaan diberikan kepada beliau untuk bertanding pada PRK berkenaan.
"Sekiranya saya dipilih saya akan bermukim di sini dan membawa perubahan. Insya-Allah PRK Port Dickson akan menjadi bukti rakyat Malaysia berani membuat perubahan," katanya yang menetap di Batu Pahat, Johor, lapor Bernama.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang baru-baru ini, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17, 710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...