Skip to main content

Dilarang jumpa anak, lelaki mengamuk ugut letup bom


KLUANG -- Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Kluang Indah, dekat sini, pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima laporan  pada jam 7.45 pagi menyatakan suspek mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar.
Katanya, bertindak atas laporan itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang dikejarkan ke lokasi dan  cuba memujuk suspek menyerah diri.
“Suspek dipercayai sudah tidak lagi tinggal serumah dengan isterinya itu. Ketika kejadian, lelaki berkenaan dikatakan ingin bertemu dengan anaknya tetapi tidak dibenarkan, mengakibatkan dia menjadi berang.
“Suspek kemudiannya mengugut untuk meletupkan bom terbabit, lalu menyebabkan isterinya menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di IPD Kluang.
Menurut Mohd Abduh lagi, usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam tetapi lelaki itu masih berdegil dan enggan menyerah diri.
Dalam proses itu, khidmat polis Tentera Mekanikal Rifle Persenjataan (AMRA) turut dipanggil untuk membantu menggunakan ‘taser gun’.
Katanya, suspek kemudiannya berjaya ditahan setelah beberapa anggota polis berjaya menyerbu masuk ke kawasan garaj itu pada pukul 10.45 pagi.
“Turut dirampas ialah sebutir bom berkarat, dua bilah parang berukuran 36 cm, sebilah pisau 25 cm dan sebilah pisau sembilan sentimeter,” tambah Mohd Abduh, lapor Bernama.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat,” katanya.
Beliau berkata Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan. 
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret esok.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...