Skip to main content

Ikut undang-undang kalau nak RM116.7 juta


GEORGE TOWN -- Polis akan mengikut proses undang-undang berhubung tuntutan UMNO yang mahu wang bernilai RM116.7 juta yang disita oleh polis dipulangkan semula kepada parti itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mahkamah mempunyai kuasa menentukan sama ada wang yang dirampas dalam serbuan di enam lokasi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu akan dipulangkan kepada UMNO atau sebaliknya.
"Berdasarkan sumber-sumber maklumat yang diperoleh dan keterangan awal saksi, duit itu (RM116.7 juta) dan cara duit itu disimpan, polis percaya ia diperoleh melalui jalan yang tidak mengikut undang-undang serta tidak sah dan salah, jadi kami  buat serbuan...sekarang beri peluang untuk polis jalankan siasatan.
"Ada proses dan cara tuntutan itu. Kita mesti mengikut proses yang diperuntukkan oleh undang-undang, polis mempunyai tempoh satu tahun untuk menyiapkan siasatan berkenaan kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia (USM).
UMNO memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  menuntut wang RM116.7 juta milik mereka yang dirampas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berdasarkan pernyataan tuntutan, UMNO antara lain memohon deklarasi bahawa penggeledahan dan penyitaan yang dilaksanakan pada 17 Mei 2018 di premis terlibat adalah salah di sisi undang-undang dan UMNO memohon perintah untuk pemulangan semula wang RM116.7 juta kepada mereka.
Mereka juga memohon perintah untuk pemulangan wang jumlah RM43.3 juta iaitu perbezaan jumlah RM160 juta dan RM116.7 kepada UMNO, lapor Bernama.
Sementara itu ditanya mengenai laporan sebuah portal mengenai tuntutan tukang emas yang berpusat di Dubai agar barang kemas berjumlah US$5 juta yang didakwa diserah kepada isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, dipulangkan kepada mereka, Noor Rashid berkata polis sedang memproses surat kedua daripada tukang emas berkenaan.
Beliau berkata barang-barang kemas yang dirampas dalam beberapa serbuan di rumah bekas perdana menteri itu hanya sebahagian daripada keseluruhan barang yang dituntut oleh tukang emas yang berpusat di Dubai itu.
"Kami telah terima surat pertama sebelum ini yang mahu polis pulangkan semula semua barang-barang kemas itu tapi sebenarnya apa yang ada pada kami hanya separuh sahaja daripada keseluruhan yang mereka tuntut...kami tidak jumpa yang lain itu dan mungkin ada dengan beliau (Rosmah)," katanya
Sebuah portal berita melaporkan tukang emas yang berpusat di Dubai menuntut agar barang kemas berjumlah lebih US$5 juta yang dikatakan sebelum ini diserah kepada Rosmah dipulangkan, antaranya ​​​​​​​seutas rantai mengandungi 56 berlian kuning berbentuk hati dengan satu batu terbesar seberat 10.7 karat, rantai berkenaan juga dikatakan mengandungi 78 berlian berwarna yang bersaiz lebih kecil.
Laporan portal itu menyebut dengan kos pengubahsuaian yang didakwa diminta oleh Rosmah, rantai berkenaan didakwa bernilai AS$2.248 juta dan selain daripada itu, tukang emas itu juga mendakwa menghantar seutas rantai dan set subang yang juga mengandungi berlian kuning bernilai US$3 juta.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...