Skip to main content

Saya mengaku bersalah atas dua pertuduhan


KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera anak lelaki tirinya berusia tiga tahun lebih.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua,  lelaki berusia 31 tahun itu didakwa sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas kanak-kanak berusia tiga tahun empat bulan, telah didapati melakukan penderaan terhadap mangsa.
Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Permai 2, Kampung Indah Permai dan sebuah rumah di Taman Ampang Saujana, Jalan Persiaran Saujana, di sini antara Ogos 2017 hingga November lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Hakim Azrul Darus memerintahkan lelaki  itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental selama 30 hari mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah selepas tertuduh memohon untuk menjalani rawatan di hospital itu kerana mendakwa dia mempunyai masalah mental.
"Ya...saya mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut, namun saya mohon mahkamah menghantar saya menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana saya mempunyai masalah mental skizofrenia (gangguan) sejak dari kecil. 
“Saya juga mempunyai kad pesakit dari Hospital Ampang dan masih dibekalkan ubat, serta pernah menjalani rawatan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta,'’ katanya semasa berada dalam kandang tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li manakala tertuduh tidak  diwakili peguam.  Mahkamah  menetapkan 21 Dis  untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan  semua laporan perubatan mangsa dan laporan status kesihatan mental tertuduh sama ada tertuduh layak dibicarakan atau tidak. 
Turut hadir isteri Boy Tiger dan ahli keluarganya, lapor Bernama.
Di Mahkamah Majistret pula, lelaki itu didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas  anak tiri sama di ruang tamu di sebuah rumah, di  Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, Ampang, di sini  pada 11 pagi, 8 Nov lepas.
Dia hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali namun  tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh yang memakai t-shirt warna hitam dan berseluar jeans itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan perubatan.
Pada 9 Nov lepas, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, maut dipercayai akibat didera dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sementara itu, isteri Boy Tiger yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan dibebaskan dengan bon selepas direman dua kali iaitu kali pertama pada 13 Nov lepas dan kali kedua pada Isnin lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...