Skip to main content

Bukan DAP yang timbulkan ICERD


KUALA LUMPUR -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tidak pernah membangkitkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya diratifikasi di negara ini.
Beliau berkata tuduhan tersebut dilihat bertujuan membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam masyarakat di negara ini. 
"Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu (ICERD) tidak dibangkitkan oleh pihak kami DAP.  Siapa yang bangkitkan itu...bukan kamilah.
"Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen,  hari ini. 
Semalam, sebuah gabungan NGO mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini.
Sehubungan itu, Lim mendesak gabungan NGO tersebut supaya memohon maaf dan menarik semula kenyataan serta tuduhan fitnah terhadapnya atau berdepan tindakan undang-undang.
"Mereka dakwa kononnya saya mengarahkan peruntukan program Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) berjumlah RM200 juta yang sepatutnya kepada anak Melayu tetapi diberikan kepada tokong Cina, itu satu fitnah jahat kerana tiada langsung pun seperti sedemikian.
“Yang membuat fitnah dan tohmahan ke atas saya, itu amat bahaya kerana mereka hendak bakar dan hasut sentimen supaya lebih ramai keluar menyertai perhimpunan membantah ICERD, 8 Disember ini," katanya, lapor Bernama.
Lim yang juga Menteri Kewangan berkata, atas nasihat peguam, beliau akan membuat laporan polis terhadap NGO terbabit atas tuduhan jahat yang dilemparkan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...