Skip to main content

Saya nampak budak-budak tahfiz lari ke tingkap


KUALA LUMPUR -- Asap tebal, suara jeritan meminta tolong dan pelajar bertempiaran lari ke arah tingkap untuk menyedut udara, itu gambaran yang berlaku ketika api mula membakar pintu utama asrama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang mengorbankan 23 nyawa pada tahun lepas.
Suasana itu diceritakan Muhammad Amru Daniel Al-Haz Ali, 17, bekas pelajar pusat tahfiz itu yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi menyayat hati itu, pada perbicaraan kes dua remaja lelaki yang  didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan telah dikejutkan oleh seorang rakannya yang dikenali sebagai Arif memberitahu telah berlaku kebakaran di asrama itu kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Dia (Arif) tolak-tolak saya, bangun, ada terbakar. Saya terjaga, dalam keadaan baring, saya buka mata, saya nampak api menjulang dekat pintu (asrama),api nak masuk ke dalam, saya tak tahu nak buat apa, panik.
“Saya nampak semua budak-budak (pelajar tahfiz) lari ke tingkap, nak ambil nafas sebab asap kuat, masa tu bunyi kuat macam ribut,” katanya ketika pemeriksaan utama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada  perbicaraan kes itu yang turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz.
Muhammad Amru Daniel Al-Haz berkata ketika itu dia juga terdengar suara warden asrama, Ustaz Mohd Yusof Md, 26, yang turut maut, mengetuk almari menyuruh semua pelajar bangun.
Dalam keadaan panik, saksi itu berkata dia sempat berbincang dengan Arif untuk mencari jalan keluar dan ketika itu dia cuba menarik jeriji besi tingkap di asrama dan jeriji itu telah tercabut.
“Saya letak jeriji dekat tepi, saya tak tahu nak turun macam mana, saya tengok bawah, kalau terjun, patah (kaki), lepas tu saya tengok kawan saya Izarudin, dia keluar ikut tingkap, dan turun ikut batang paip (di luar tingkap). Dia yang pertama keluar,” katanya.
Saksi itu berkata dia kemudian cuba untuk turun melalui cara yang sama iaitu menggelongsor melalui batang paip di luar tingkap asrama dan berjaya turun ke bawah, lapor Bernama.
Kepada soalan Othman bagaimana dengan pelajar lain di dalam bilik itu, Muhammad Amru Daniel Al-Haz berkata selepas dia dan Izarudin turun, beberapa pelajar cuba mengikut mereka dan turun melalui batang paip selain ada yang terjun terus dari tingkap dan dia cuba membantu rakan-rakannya itu.
Saksi itu berkata tidak lama kemudian kira-kira setegah jam, suara jeritan rakan-rakannya yang berada di dalam asrama itu tidak lagi kedengaran.
Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.
Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.
Dalam prosiding itu kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...