Skip to main content

Memang ada hubungi Anwar


SHAH ALAM -- Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau ada  menghubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas.
Najib berkata beliau sering berhubung dengan Anwar untuk bertanya khabar sepanjang Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh.
"Hubungi Anwar (malam 9 Mei) memang ada tanya khabar secara peribadi," katanya dalam satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian.
Najib  berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Abd Jalil sama ada benar bahawa beliau menghubungi Anwar pada malam 9 Mei lepas.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk 'membeli' wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejurus kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu.
Malah, katanya, beberapa pemimpin utama BN termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menggalas tanggungjawab presiden parti datang ke rumahnya pada malam keputusan itu, namun langsung tidak menyentuh usaha menarik anggota Parlimen PH.
"Kami tak bincang nak curi atau nak beli mana-mana wakil rakyat PH untuk mereka menyeberang sebelah kita (BN)," katanya, lapor Bernama.
Dalam pada itu, Najib berkata UMNO perlu lebih berani menjadi pembangkang konstruktif dan membina di Parlimen dengan terus memperjuangkan kepentingan rakyat khususnya golongan anak muda.
Beliau berkata pemimpin parti tunjang BN itu perlu sentiasa berlapang dada menerima kritikan dari pihak lawan dalam masa ketika BN tidak lagi memerintah negara ini.
"UMNO perlu terus jadi lidah dan suara rakyat dan terus menjadi pembangkang konstruktif dan efektif," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...